Ciri-ciri Sekolah Berkesan

1. Perhubungan yang saling hormat-menghormati di antara kakitangan akademik dengan murid-muridnya

2. Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan sekolah yang telah di tetapkan oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru dengan sekolahnya sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia

4. Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan pada setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan sesuai

5. Kewujudan alam belajar yang bersih, teratur dan tenteram.