Dasar – Dasar Sekolah

1. Berusaha melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta program-program yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan cemerlang, bertanggungjawab, dedikasi dan amanah.

2. Mengamalkan cita-cita dan prinsip Rukun Negara dan Perkhidmatan Cemerlang

3. Berusaha mengembeleng semua sumber yang ada bagi mencapai objektif sekolah dan Falsafah Pendidikan Negara serta bekerja sebagai satu pasukan.

4. Meletakkan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri

5. Segala masalah yang timbul di sekolah adalah merupakan masalah bersama dan mesti diselesaikan bersama.

6. Mewujudkan serta menjalinkan hubungan yang mesra dengan ibubapa/penjaga murid, masyarakat setempat, semua jabatan/agensi kerajaan dan swasta.

7. Membentuk satu kumpulan guru dan kakitangan yang bersifat professional, bertanggungjawab, memiliki sifat bersih, cekap dan amanah.

8. Memberi galakan kepada guru/staf sokongan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan juga member peluang serta galakan kepada guru-guru untuk menyediakan tugas-tugas sekolah sebagai satu latihan kepimpinan yang berkesan dan dinamis.

9. Mempraktiskan budaya kerja cemerlang dan mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dikalangan warga SK Telok Jamat.