Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Pertama           :           Berusaha Memupuk Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Membenci Rasuah;

Kedua               :           Menutup Semua Ruang Dan Peluang Yang  Mendedahkan Kepada Am Rasuah;

Ketiga               :           Bertindak Tegas Terhadap Mereka Yang Melanggar Undang – Undang Peraturan Dan Etika Jabatan;

Keempat          :           Bekerjasama Sepenuhnya Dengan Mana-Mana Pihak Untuk Memerangi Sebarang Perlakuan Jenayah Rasuah;

Kelima              :           Bertindak Tegas Terhadap Mereka Yang Mencuba Menggugat Integriti Dan Imej Pegawai Awam; Dan

Keenam           :           Mematuhi Sepenuhnya Kod Etika Jabatan Dan Mengamalkan Nilai-Nilai Murni Yang Berteraskan Ajaran Agama Dalam Melaksanakan Tugas.