• Memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan
    Pemantauan  PdP dijalankan dengan lebih kerap dan markah pemantauan akan diberi terus kepada guru supaya  guru tersebut boleh membuat penambahbaikan.
  • Memastikan kemahiran asas membaca, menulis , mengira dan menaakul kepada murid Tahap 1
    Semua murid normal tahap satu boleh menguasai asas memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain membina karektor serta sahsiah murid.
  • Memastikan pencapaian UPSR meningkat kepada 85% pada tahun 2020
    Meningkatkan peratus pencapaian UPSR kepada 87% pada tahun 2015 dengan melaksanakan program yang dirancang.
  • Meningkatkan disiplin , sahsiah murid dan kehadiran murid
    Dapat mengurangkan salah laku murid , meningkatkan sahsiah dan peratus kehadiran mencapai 95%.
  • Melonjakkan kecemerlangan kokurikulum
    Penyertaan murid ke peringkat yang lebih tinggi daerah dan negeri.
  • Pengurusan kewangan cemerlang
    Pengurusan kewangan dapat diuruskan dengan telus dan bersistematik dan mencapai tahap cemerlang.