NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM memfokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

  1. Prasekolah – dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
  1. Literasi dan Numerasi – di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
  1. Sekolah Berprestasi Tinggi – di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ‘ high performance schools ‘(sekolah-sekolah berprestasi tinggi) termasuk ‘trust schools’ (sekolah amanah) pada akhir tahun 2012.
  1. Pengetua/Guru Besar – di mana bai’ah atau aku janji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan ‘performance based assessment’ (penilaian berasaskan prestasi) mulai tahun 2010.

 

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

  1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
  1. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis  sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
  1. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
  1. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
  1. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
  1. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR – 0.3%, PMR – 0.3%, dan SPM – 0.2%)