Objektif Kokurikulum

Melalui gerak kerja kokurikulum dapat menyemai kesedaran dan keperluan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

  1. Keseimbangan antara perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani pelajar selaras falsafah pendidikan negara.
  2. Memperkukuhkan interaksi di kalangan pelajar.
  3. Mempertingkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi.
  4. Pengukuh dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta memperluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
  5. Pengisian masa lapang yang berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan kesejahteraan diri.
  6. Mempertingkatkan disiplin pelajar melalui memupuk nilai dan sikap positif selaras dengan rukun negara.
  7. Mempertingkatkan suasana sekolah lebih menarik dan menggembirakan pelajar.
  8. Mempertingkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah, ibubapa dan masyarakat.