Objektif Sekolah

Sejajar dengan misi dan objektif Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Sekolah Kebangsaan Telok Jamat berobjektif :

  • Melahirkan pelajar yang bersepadu, taat setia dan berkualiti.
  • Melahirkan pelajar yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
  • Melahirkan pelajar berkualiti dalam semua aspek merentas keperluan jasmani,emosi,rohani,intelek sesuai dengan cabaran dunia tanpa sempadan.
  • Menyediakan pelajar yang serba boleh untuk kemajuan negara.
  • Memberi peluang pendidikan kepada semua pelajar.