Arahan Am

Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi. Perintah Am tersebut.

  • Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
    • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
    • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.
    • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.
    • Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
    • Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
    • Sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta menjalankan tugas.

Kedatangan Ke Sekolah

  • Jadual waktu mengajar harus dipatuhi seperti diluluskan oleh Guru Besar.
    • Guru perlu merakamkan kedatangan semasa sampai dan balik sekolah.
    • Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.
    • Guru bertugas mingguan perlu datang lebih awal iaitu pukul 7.00 pagi.
    • Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru hendaklah memaklumkan sebelum pukul 7.00 pagi bagi melancarkan pengurusan sekolah.
    • Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat selepas waktu sekolah kecuali dalam kecemasan.
    • Guru hanya boleh balik selepas pukul 1.45 petang. Semua Guru bertugas hanya akan balik selepas semua murid balik.

Keluar Waktu Mengajar

  • Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada JPN / PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada guru besar / penolong kanan.
    • Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan tuliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan guru besar / penolong kanan.
    • Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui guru penolong kanan.

Cuti

 Cuti ini bukanlah hak tetapi keistimewaan kepada pegawai kerajaan. Guru besar hanya meluluskan cuti ini setelah mengambil kira ia tidak menjejaskan perkhidmatan atau keperluan perkhidmatan.

  • Cuti Rehat Khas
    • Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh iaitu 10 hari setahun.
    • Cuti ini boleh dikumpul untuk tujuan ganjaran waktu bersara iaitu 150 hari sepanjang perkhidmatan.
    • Cuti ini hanya diluluskan oleh guru besar. Guru hendaklah memohon cuti ini sebelum guru bercuti. (3 hari sebelum)
  • Cuti Sakit
    Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
    Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh lebih 14 hari dalam setahun.
    Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan KPM untuk menentukan pembayaran gaji.
    Guru perlu memaklumkan kepada GPK bagi menggelakkan sebarang kesulitan berlaku sepanjang ketiadaan guru di dalam kelas mahupun sekolah.
  •  Cuti Tanpa Gaji
    • Mengikut Perintah Am Bab C cuti Tanpa Gaji boleh diambil di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
    • Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
    • Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
    • Cuti Tanpa Gaji ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
    • Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh KPM. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

Pakaian

  •          Guru hendaklah berpakaian kemas dan tanda nama sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. Guru lelaki digalakkan bertali leher.
  •          Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.
  •          Guru lelaki mempunyai potongan rambut yang pendek dan kemas.
  •          Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian sukan

Perhubungan sesama guru

  • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tuturkata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
  • Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf.
  • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali di sekolah.

Bilik guru          

  • Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda dalam bilik guru.
  • Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period”  dan bukannya “free period”. Oleh itu, guru hendaklah gunakan waktu ini untuk perkara-perkara yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
  • Guru tidak boleh membenarkan murid berada di dalam bilik guru.
  • Guru yang berada di dalam bilik guru hendaklah menjaga bilik guru dalam suasana kondusif dan aman tanpa menganggu guru-guru lain.

Tugas Dan Tanggungjawab Guru

  • Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan HEM serta tugas-tugas khas. Guru hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan penuh dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
  • Jika guru diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan daripada JPN / PPD / KPM, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain untuk melaksanakan kecuali setelah mendapat kebenaran daripada guru besar.

Penggunaan alat-alat Bantu mengajar

  • Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
  • Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.
  • Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
  • Jika rosak laporkan dengan segera kepada ketua panitia.

Kunci

  • Semua kunci perlu disimpan di pejabat.
  • Guru hanya boleh membuat salinan kunci atas kebenaran guru besar.
  • Semua kunci salinan hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum guru balik ke kampung.
  • Guru yang memiliki kunci bertanggungjawab menjaga dengan baik. Sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan barang,guru tersebut boleh diambil tindakan.

Surat-surat yang diterima

  • Surat-surat yang diberi kepada guru daripada JPN / PPD / KPM perlu diambil tindakan segera oleh semua guru yang terlibat.
  • Surat yang tercatat atas nama guru atau salinan melalui guru besar boleh disimpan oleh guru.
  • Sekiranya surat itu berkaitan daripada JPN / PPD
  • Mengambil tindakan segera dan failkan surat-surat tersebut di dalam fail panitia.

Urusan ke JPN atau PPD

  • Guru tidak digalakkan ke JPN atau PPD atas urusan peribadi.
  • Guru hendaklah memaklumkan kepada guru besar jika hendak berurusan dengan JPN dan PPD.
  • Semua surat rasmi hendaklah diserahkan kepada guru besar untuk dihantar dengan membuat surat lampiran

Fail Ringkasan Mengajar

  • Setiap guru dibekalkan sebuah fail RPH dan fail mingguan. Guru-guru perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap fail tersebut.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan kemas dan lengkap.  Fail mingguan hendaklah diserahkan pada hari KHAMIS  untuk disemak oleh guru besar dan penolong kanan.
  • Faili mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu.
  • Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah, Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah.
  • Rancangan Pelajaran Harianhendaklah dibuat pada tiap-tiap hari.

Rekod Kehadiran Murid

  •      Guru yang mengajar pada masa pertama perlu mengambil nama kehadiran murid.
  •      Kemaskini data kehadiran murid didalam aplikasi Whatsapp e-kehadiran
  •      Penolong Kanan HEM memantau kehadiran semua kelas murid dan mengisi di dalam sistem e- 

   kehadiran KPM

Kebersihan

  • Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan  sekolah.  Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual penggiliran kelas.  Alatan membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan kemas .
  • Guru bilik-bilik khas bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan bilik-bilik berkenaan.
  • Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, kakitangan dan murid.

Pelawat

  • Semua pelawat dimestikan melapor diri di pondok pengawal dan mendapatkan pas pelawat.  Pelawat mestilah memohon keizinan daripada pihak pengurusan sebelum berjumpa dengan guru, kakitangan dan murid sekolah.

Pembelian barang

  • Ketua panitia dan guru-guru yang dibenarkan untuk membuat pembelian hendaklah mengisi Borang Nota Minta yang boleh didapati daripada pembantu tadbir (PT) yang menguruskan bahagian kewangan sekolah
  • Borang tersebut perlu mendapat pengesahan daripada Penolong Kanan sebelum disahkan oleh Guru Besar.
  • Pesanan pembelian barang dan peralatan perlu dibuat melalui Borang Pesanan Tempahan (LO)
  • Penerimaan barang perlu ditandatangani oleh guru dan direkodkan di dalam buku stok dengan kemas.

Kegiatan Kokurikulum

  • Semua guru terlibat di dalam kegiatan kokurikulum dan wajib hadir bagi setiap perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan seperti jadual yang disediakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
  • Sekiranya guru-guru tidak dapat hadir , perlulah memaklumkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum dan mendapat keizinan terlebih dahulu.

Keluar Negara

  • Semua guru dan staf hendaklah memohon kebenaran keluar negara dalam tempoh sebulan sebelum berangkat.
  • Borang permohonan hendaklah diisi melalui dan mendapat sokongan daripada guru besar terlebih dahulu sebelum dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah.
  • Bagi kes kecemasan atau kurang daripada sebulan pegawai dikehendaki membuat surat tunjuk sebab kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan salinan kepada kepada guru besar.
  • Pegawai hendaklah memastikan telah permohonan telah diluluskan oleh PPD sebelum berangkat ke luar negara.