Persediaan dan Perlaksanaan

Persediaan yang perlu dijalankan oleh sekolah dalam melaksanakan gerak kerja kokurikulum.

 

A. Di antara Persediaan Yang Perlu Dijalankan Ialah :

  1. Menubuh dan mengaktifkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar sekolah ( JPBS ) seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985.
  2. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibubapa dan masyarakat mengenai peranan mereka dalam program kokurikulum sekolah.
  3. Menyediakan takwim kegiatan sekolah.
  4. Menyediakan jadual waktu kegiatan
  5. Menyediakan rancangan kerja dengan objektif dan kemahiran yang hendak dicapai.
  6. Menetapkan tenaga pengajar.
  7. Berusaha menyediakan kemudahan peralatan.
  8. Mendapatkan kebenaran ibubapa / penjaga murid jika murid terlibat dengan kegiatan di luar sekolah.
  9. Merancang gerak kerja kokurikulum tahun berikutnya sebelum berakhir penggal kedua.
  10. Menganjur dan menggalakkan guru-guru menyertai kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

 

B. Persediaan Dan Keperluan Guru Sebelum Menjalankan Gerak Kerja Kokurikulum.

 

  1. Membincangkan kemudahan dan peralatan yang ada di sekolah.
  2. Memilih gerak kerja kokurikulum yang akan dilaksanakan.
  3. Menjadikan daya penggerak kepada keseluruhan gerak kerja kokurikulum.
  4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam gerak kerja kokurikulum serta penggunaannya.
  5. Mengenal pasti kesesuaian murid dalam sesuatu kegiatan dari segi kesihatan, kemampuan fizikal, umur, masa dan keselamatan.
  6. Meransang murid-murid sentiasa bersifat positif.
  7. Menunjukkan insentif, ingin mencuba dan berpandangan jauh.

 

C. Tanggungjawab Murid Dalam Membuat Persediaan Melaksanakan Gerak Kerja Kokurikulum.

Diantara tanggungjawab murid adalah seperti berikut:

  1. Bersedia menerima tanggungjawab.
  2. Bersedia menerima rakan-rakan dalam setiap kegiatan.
  3. Bersedia bekerjasama dan memberi sumbangan
  4. Menyediakan kelengkapan yang sesuai.
  5. Bersedia untuk mengambil bahagian dan bertanggungjawab.

 

D. Sumbangan Yang Boleh Diberi Oleh Masyarakat.

  1. Memberi kerjasama sokongan bagi menjayakan program jawatankuasa bimbingan Pelajar Sekolah ( JBPS ).
  2. Membantu sekolah menguruskan gerak kerja kokurikulum yang sesuai.
  3. Membantu sekolah dengan khidmat kepakaran.

 

E. Penyediaan Gerak Kerja Kokurikulum.

Penyeliaan merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Kehadiran.

Kehadiran dan penglibatan semua pihak hendaklah menepati masa yang ditetapkan.Rekod kedatangan murid hendaklah dicatatkan.

 

  1. Penyertaan.

Penyertaan dan penglibatan semua pihak hendaklah secara aktif dan menyeluruh.

 

  1. Kemudahan dan Peralatan.

Semua kemudahan dan peralatan yang ada hendaklah diguna dan dijaga dengan sebaiknya.

 

  1. Disiplin dan Keselamatan

Guru hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan disiplin sebelum, semasa dan selepas kegiatan kokurikulum.

 

  1. Kewangan

Guru hendaklah menyimpan rekod kutipan yuran dan perbelanjaan.

 

 

F. Penutup

 

  1. Apabila gerak kerja di jalankan di luar sekolah, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada ibu bapa dan juga guru besar.
  1. Kebenaran Pengarah Pelajaran Negeri juga diperlukan sekiranya kegiatan diadakan di luar negeri.(Sila rujuk The School Tour Regulations 1956 serta lain-lain pekeliling yang berkenaan).