Prinsip Kerja X-Plus

Kepimpinan sebenar ditonjolkan oleh sikap keikhlasan atau jujur, amanah, sidiqque dan fathanah…dan ciri-ciri kepimpinan itu diperlihat dan diterjemahkan melalui tindakan.

Prinsip kerja X-PLUS yang dijenamakan oleh KPPM perlu diamalkan secara berterusan dan diserapkan dalam budaya kerja. Sekiranya diberi peluang dalam tempoh yang lebih lama, legasi kecemerlangan KPM akan dapat ditingkat, dimantap serta diperteguhkan secara berterusan.

X – ialah excellent yakni setiap kerja harus mengutamakan kecemerlangan diri dan organisasi.

P – ialah pengetahuan merupakan janaan utama yang menjadi asas sebelum bertindak membuat keputusan dan mencari
jalan penyelesaian, dan pengetahuan harus sentiasa ditingkatkan melalui pembelajaran secara berterusan atau
pembelajaran sepanjang hayat dunia pekerjaan.

L – ialah latihan yang berterusan untuk memastikan setiap pegawai dan guru mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang
selari dengan perkembangan dunia khususnya pendidikan di peringkat global yang harus disesuaikan dengan konteks
negara. Oleh yang demikian, kursus-kursus latihan dan perkembangan pembangunan staf yang dilaksana di setiap
peringkat KPM dari bahagian, JPN, PPD hingga lah ke sekolah harus dipastikan berkesan dan memenuhi keperluan
pembelajaran mengikut bidang kerja profesional masing-masing.Value management harus diterapkan dalam setiap
pengedalian kursus latihan, iaitu mementingkan impak dan keberkesanan latiha bagi meningkatkan kapasiti pegawai
dan guru agar kesan akhirnya kepada kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

U – ialah usaha yang bersungguh-sungguh, kerana setiap kerja yang dilakukan secara bersungguh dan berfokus akan
memberikan hasil dan impak yang berkesan. Usaha yang bersungguh-sungguh ini hendaklah mengutamakan
untuk meningkatkan kecemerlangan murid di dalam bilik darjah.

S – ialah kerja sepasukan, dengan menggunakan analogi pasukan bola sepak sebagai penggerak kepada budaya kerja
berpasukan yang dilihat harus bermain secara semangat kerjasama yang tinggi. Pemain individu sehebat manapun
tidak akan berjaya menjaringkan gol jika tidak berkerjasama dengan rakan sepasukan yang lain. Begitu juga dalam
setiap rantai jentera KPM, kerjasama individu secara erat harus digembeling secara bersepadu dari peringkat
bahagian hingga kepada guru di dalam bilik darjah dalam memastikan setiap pelaksanaan dasar pendidikan negara
berkesan dan memberi impak kepada kejayaan murid di dalam bilik darjah.