Kesedaran tentang pentingnya ilmu menjadi penyebab terbinanya Sekolah Kebangsaan Telok Jamat (SKTJ). Memandangan Kampong Telok Jamat terletak jauh dari pekan Langgar, dengan sistem perhubungan jalan raya yang tidak berturap serta tiada pengangkutan, masyarakat kampung bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah. Demi kemajuan pelajaran anak tempatan telah ditubuhkan pada awal tahun 1962.

               Pengasasnya ialah Encik Ahmad bin Taib dan Encik Abdullah bin Awang Kechik. Kedua-dua tokoh inilah bertanggungjawab mengajukan masalah ketiadaan sekolah di kampung ini kepada pihak atasan.

               Pada tahun 1962, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan satu tingkat (JKR 1677) untuk menempatkan pelajar tempatan yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langgar. Bangunan ini terdiri daripada empat buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah pejabat. Encik Ahmad bin Saad bertugas sebagai Guru Besar pada masa itu. Bilangan guru seramai 8 orang dan 141 orang murid.

               Namun begitu bilangan bilik darjah yang disediakan tidak dapat menampung semua murid. Oleh yang demikian masyarakat kampung bersama-sama pihak sekolah telah bergotong-royong mendirikan sebuah bangsal kayu yang mempunyai 3 buah bilik darjah.  Semakin hari SK Telok Jamat semakin berkembang pesat dengan pertambahan murid, kelas dan guru. Ini disebabkan oleh pencapaian sekolah semakin meningkat dan masyarakat mulai yakin terhadap sekolah ini. Pada tahun 1983, sebuah bangunan 3 tingkat telah didirikan oleh kerajaan.

               Pada tahun 2018 di bawah pentadbiran Guru Besar Encik Azhar Bin Aziz, beliau telah berusaha mendapatkan penggantian 2 blok bangunan lama yang telah diarahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya dikosongkan kerana struktur  kedua-dua bangunan yang telah dikatogerikan oleh JKR  tidak selamat diduduki .  Kementerian Pendididikan Malaysia meluluskan projek bagi Pembinaan Semula dan Manaiktaraf Sekolah Daif 2019.  Bermula pada 24 Julai 2019 projek pembinaan 4  blok bangunan baru yang terdiri daripada 1 blok bangunan bilik khas yang menempatkan Bilik Sains dan Bilik Kemahiran Hidup, 1 blok terdiri 4 bilik darjah, 1 blok tandas murid dan guru serta 1 blok Pra Sekolah telah dimulakan . Projek pembinaan ini telah siap sepenuhnya 26 November 2019. Pada 17 Disember 2019 sejarah tercipta dengan diadakan Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif di SK Telok Jamat, Pokok Sena, Kedah Darul Aman oleh pihak Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

               Mulai sesi persekolah Tahun 2020 blok baru bangunan di SK Telok Jamat diguna pakai sepenuhnya kepada semua warga sekolah ini . Terkini Sekolah Kebangsaan Telok Jamat telah mengalami banyak perubahan dalam semua aspek yang bermula daripada perubahan fizikal, prasarana yang dapat mewujudkan iklim yang kondusif , persekitaran sekolah yang bersih dan cerita sehinggalah kepada berlaku peningkatan dalam bidang akademik, sahsiah, dan kokurikulum.

Close Menu